Friday, January 26, 2007

qawwam mayang

Lepas Subuh tadi Ustaz Mat ajak ke Qawwam Mayang.

Pagi terlalu muda. Kami pelanggan paling awal. Wakaf di sebelah masih kosong. Kumpulan yang mendendangkan lagu puisi untuk persembahan pagi Jumaat belum tiba. Jadi, tak dapatlah menjamu telinga. Hanya jamu perut dengan mi jawa dan roti arab.

Mereka. Ahli-ahli Qawwam Mayang yang mengusahakan gerai itu. Tidak lagi bertocang. Dah tukar penampilan dengan berskaf ala Pirates of The Carribean.

Dari dapur terdengar doa Chairil Anwar:

Tuhanku...
aku hilang bentuk
kembara di negeri asing....

15 comments:

Pa'chik said...

zie, tulis bagi habis sajak tu.

kingbinjai said...

sajak ke lagu tu? lagu kan?

INDERA KENCANA said...

Mungkin cara bertocang sudah tidak kena dengan konsep. Konsep Pirates of the Caribbean lebih suai untuk menjamu pelanggan dengan Mee Jawa dan Roti Arab.

Tuhanku..
Pintumu kuketuk..
Aku tak bisa berpaling...

DeeN said...

apa kena mengena konsep Pirates of the carribean dgg roti arab + mee jawa?

*itu macam lagu zubir ali jer...

zizie ali said...

chik:
sajak 'doa' yang dihasilkan oleh chairil anwar pada tahun 1943:

DOA
kepada Pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

Cahayamu panas suci
tinggal kerdip lilin dikelam sunyi

Tuhanku

Aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku

aku mengembara dinegeri asing

Tuhanku
dipintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

November 1943

zizie ali said...

binjai:
yang ditulis oleh chairil anwar adalah sajak. yang dinyanyikan oleh zubir ali bersama kumpulan harmoni adalah lagu berdasarkan sajak.

zizie ali said...

indera:
hari ribut, runduklah paaaadi
padi cupak datuk temeeeenggung

zizie ali said...

deen:
zubir ali ubahsuai sedikit sajak chairil lalu dilagukan. macam kopratasa buat pada sajak samad said 'tetamu senja'.

zizie ali said...

binjai dan deen:
rujuk:
http://members.tripod.com/~DinMagic/Chairil.html
http://members.tripod.com/~sasteramaya/ChairilAnwar.htm
http://id.wikisource.org/wiki/Chairil_Anwar

Pa'chik said...

dulu pernah dibaca masa sekolah, subjek sejarah form two ada cerita chairil sikit. Jadi pernah menyelongkar cari sajak ni (pasal che'gu tu, che'gu sindiran yang chantik sekali...)
hari tu baru jumpa balik saja Aku. dan terima kasih untuk link tu ya...

hakim dirani said...

Saya tiba2 ingin jadi sorang puitis, minta tunjuk ajar.

KAMATO said...

Salam, lama tak dengan lagu zubir ali ni

tuan tanah said...

Dulu saya cuma ingat lagu ini dinyanyikan oleh perempuan. Saya ingat Rahimah Rahim, tapi rupanya Aishah.

Apapun, saya ada dua-dua lagu - Harmoni & Aishah.

Sayu saja dengar lagu ini :(

zizie ali said...

chik;
sama-sama kasih.

hakim:
semua orang.dalam keadaan tertentu. bisa berpuitis.

kamato:
sudah diremake dengan vokal aishah.

zizie ali said...

tanah:
zubir juga telah berjaya melagukan dgn baik sajak zurinah hassan 'sepanjang jalan ke pulau pinang'.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang angkasa
Berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku seorang pelarian