Wednesday, December 27, 2006

ceritera yang entah keberapa

Maka sembah Demang Lebar Daun,"Barang maklum duli tuanku yang Maha Mulia, biarlah urusan sepak bola ini diserahkan ke atas bahu anak cucu patik. Biarlah anak cucu tuanku menjadi tukang tengok sahaja. Kerana jika anak cucu tuanku masuk campur, tiadalah berani anak cucu patik membantah walau bagaimana besarpun silap perhitungan anak cucu tuanku itu. Dari hal demikian maka akan daiflah pasukan sepak bola kita itu"

Maka titah Sri Tri Buana, "Baiklah paman, kabullah beta akan waad itu". Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, "Barangsiapa raja Melayu mengubahkan perjanjiannya, akan aib jualah akibatnya. Tiadalah kemenangan malah kekalahan jualah sudahnya."

7 comments:

Pa'chik said...

la, gitu ke?
saya pun tukang tengok saja. Nak main takut ketulahan.

INDERA KENCANA said...

Fuhh... bahasa..
Dasat. Dasat.

Bagaimana jika bahasa seumpama ini digunakan sebagai bahasa ulasan sukan di TV..??

Unknown said...

Ooo. baru tahu..

blackpurple @ jowopinter said...

Nak tunggu apa komen Hasbullah Awang dulu.... :)

hakim dirani said...

saya ni bolak tak berapa nak tau sangat. adakah kekalahan yang di alami oleh pasukan kita tu sebab sumpahan?

zizie ali said...

pa'chik:
pa'chik keturunan sri tri buana? saya keturunan demang lebar daun.

indera:
pengulas kena berkeris dan berdastar.

king:
ho ho ho

nizam:
bukan kau seorang sahaja. ramai lagi yg tak tahu.

zizie ali said...

black:
hasbullah terlalu bombastik. aku minat sherkawi jirim. sayang...

hakim:
banyak faktor. antara faktor utama ialah kerana negara lain tak ada raja yg gila bola.