Friday, November 10, 2006

pemikir dan penganalisis

Pemikir dan penganalisis sukan terkenal, Abdul Rahim Tuanku berpendapat siri kemenangan yang dikecapi oleh pasukan bimbingan jurulatih Wan Mokhtar Mamat bukanlah kayu ukur untuk menilai prestasi Wan Mokhtar. Menurut beliau, kemenangan-kemenangan itu bukan disebabkan oleh kecekapan Wan Mokhtar sebagai seorang jurulatih tetapi lebih disebabkan kelemahan lawan mereka. Lawan-lawan mereka adalah pasukan cap ayam.

Selama tujuh hari tujuh malam Mat Yeh berfikir dan menganalisis apa yang telah difikir dan dianalisis oleh Abdul Rahim. Namun dia gagal menemui suatu formula yang meyakinkan. Akhirnya Mat Yeh memohon bantuan Abdul Rahim.

"Untuk menyingkirkan Wan Mokhtar?. Ah, senang sahaja. Yang penting, kita kena atur strategi agar pasukan bimbingannya tewas." Abdul Rahim penuh optimis. Lalu mengemukakan satu pelan strategik dan modus operandi bagaimana untuk merealisasikan hipotesisnya.

Apa yang difikir dan dianalisis oleh Abdul Rahim memang benar. Sesudah menghabiskan jutaan Dollar Amerika untuk menyogok para pemain, pengadil dan penjaga garisan, akhirnya pasukan bimbingan Wan Mokhtar pun tewas. Wan Mokhtar pun disingkir dari menjadi jurulatih bolasepak. Untuk mengubat hatinya yang duka lara, dia diberi tugas baru iaitu sebagai jurulatih pasukan bola jaring.

Pasukan bola sepak itu kini di bawah bimbingan Mat Yeh. Dan pasukan itu akan terus menang. Bukan kerana Mat Yeh seorang jurulatih berkaliber. Tetapi kerana lawan mereka adalah pasukan cap ayam.

9 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Bukankah Mat Yeh cuma pandai membela beruk .....?!

KakNi said...

Cap Ayam tu tak bagus ke?

Kemat said...

Perancis memakai logo cap ayam pada jersi emreka..tapi mereka tealah melangkah ke final pada piala dunia 2006 yg lalu. Saper ygkalah sebenarnya di sini..Mat Yeh atau Wan Mokhtar

hakim dirani said...

Hidup ini bagai roda.

Unknown said...

OOooo..

zizie ali said...

black:
banyak lagi potensi mat yeh yg belum dicungkil.

ahni:
tak tahu siapa yg memulakan. tak tahu bgmana sejarahnya. tapi di daerah aku, 'cap ayam' membawa maksud kualiti rendah.

kemat:
itu bukan ayam. mungkin 'cock'. ha ha.

hakim:
hidup bagaikan kerusi roda. hari ini kita menolak kerusi roda. esok mungkin kita naik kerusi roda.

nizam:
Ha ha.

Anonymous said...

hari ini aku tidak dapat menangkap yg tersirat pada entry mu ini.

word verification : vugbsbyy

Bunga Rampai said...

Saya sedang memikirkan akhlak manusia, dan untuk menganalisisnya tidaklah semudah yang difikirkan. Salam.

zizie ali said...

penyu:
ooo..rupanya selama ini kau berkonflik dgn word verification. nanti aku ejas biar lebih mesra pengomen.

bunga rampai:
ya. kita jgn cepat menganalisa. pastikan kita punya data yang lengkap sebelum menganalis. Salam mesra.