Pagi tadi pekena roti canai di warung Saddam Husein.
Rotinya masih seperti dulu. Dan kuahnya juga masih kaw seperti dulu. Kerana yang menebar roti masih orang dulu. Yang buat kuah juga masih orang dulu. Atau mungkin orang lain, tapi masih guna resepi yang dulu. Masih guna formula yang dulu.
Mereka. Pernah menerima latihan dari Saddam Husein. Meski Saddam Husein telah pergi. Segala ilmu yang ditimba dari Saddam Husein masih mereka amal.
Boss mereka yang baru tidak melarang mereka mengamalkan ilmu Saddam Husein. Maksudku ilmu membuat roti canai. Ilmu membuat kuah roti canai.
Warung itu masih dikenali sebagai warung Saddam Husein. Boss baru juga tidak berusaha untuk merubah perkara tersebut. Dia tahu bahawa nama tersebut mempunyai nilai komersil yang agak hebat.
Saddam Husein? Beliau kini menjadai drebar lori. Cita-citanya untuk meluangkan lebih banyak masa untuk menghadiri tempat-tempat orang mengajar agama kini telah tercapai.
Memiliki sebuah warung yang ultra maju ternyata menyebabkan jiwanya tidak tenang. Dan tindakannya menjual warung tersebut tidak pernah dikesalinya.
12 comments:
zizie,
warung itu, masih di terengganu juga?
kenapa nama warung itu saddam husein? pemiliknya memang bernama saddam huseinkah?
kuncihilang:
ya. tak jauh dari rumah blogger yg sedang mencipta nama, tuan keng. tapi yg ini tak ada 'persembahan pagi jumaat'.
tuan tanah:
pemilik asalnya lebih dikenali dengan nama saddam husein. ada beberap persamaan antara dua saddam husein ini.
Melayu jenis suka jadi kuli!
zie, buat entri bahase tranung sekali.
warung saddam hussein ni di terengganu ke di iraq?
makan roti arab di Aqabah, dia hanya meletakan roti di atas meja dgn sebiji bawang merah besar.
patutlah arab ni lasak lasak.
pahbedah:
mungkin dia hanya ingin cari pengalaman jadi kuli.
jones:
baru balik teranung. bahase teranung aku bbolok.
nurul:
sempadan antara kg. ladang dengan pantai batu buruk.
saleem: "..kalu nok makan nasi ddagang, kita gi ke kampong lladang..wak bekal gi mere.."
loppies:
yamani memang kasar. khabarnya, roti arab di lempar dari meja ke meja. silap step, terpelekup atas muka.
sadam hussein? sedap sangat ke roti canai dia?
Tiba-tiba rasa nak makan roti canai di warung Saddam Hussien.
korang dok sebut2 name saddam tersedak2 dia kat sane..
blackpurple:
sehingga menjilat dagu.
mar:
pasti kau dah pernah makan.
petiais:
nasib orang glamour...
Post a Comment