Monday, March 27, 2006

kungsi

Hari minggu. Tidak ada overtime hari ini. Aku berjuntai kaki di pintu kungsi. Mendengar Nor dan Siah mengengkek macam kuda galak.

Jarak pintuku dengan pintu mereka hanya tiga langkah. Kalau dibina bertentangan, tentu hanya satu langkah sahaja. Lorong yang memisahkan antara blok lelaki dan blok perempuan hanya seluas satu langkah. Kami berkongsi bumbung.

Bilik kungsiku hanya 4 ' x 6'. Ada tingkap kecil. Kalau buka, kena tongkat macam tongkat bonet enjin kereta. Melalui tingkat, aku boleh melihat deretan blok kungsi pekerja Indonesia. Sengaja di pisahkan jauh dari blok kami agar kami tidak terganggu oleh Rhoma Irama, Elvi Sukaesih, Broery, The Mercys dan yang sejenama dengannya.

Nor dan Siah masih mengengkek.

"Aloo..". Herman si gondrong tiba-tiba muncul.

Aku tersentak. Rasa sedikit marah.

"Mr. Malaysia.." Herman mencekup pangkal lenganku yang pejal dan berketul-ketul dengan kedua-dua tangannya . Aku tahu, kalau si Herman datang dengan mukaddimah bodeknya, tentu ada udang di sebalik batu. Biasanya pinjam wanglah. Selalunya tak banyak. Hanya $2 atau $3.

"Apahal?"

"Ji, nak bilang kau sesuatu..." Herman bersuara perlahan. "Esok kami kami akan unjukrasa."

"Hah? kau nak berdemo?"

"Ya. Permintaan kami telah ditolak. Sebetulnya aku tak mahu ikut. Tapi, yah..serba salah aku "

Herman termenung. Anak muda awal dua puluhan seolah sedang berfikir dalam.

"Ji, apa pendapatmu?"

Aku mengeleng-ngeleng kepala. "Entah".

Kasihan. Dia nampaknya betul-betul serba salah.

Herman belum sampai setahun di ladang ini. Tiba dari Bengkalis setelah berjaya melepasi kepungan penduduk kampungnya. Kesalahan: merogol seorang gadis. Jirannya.

"Setan...setan..setan..." tiba-tiba terdengar teriakan kuat dari luar. Aku dapat agak. Itu suara Pak Karno. Herman segara melompat lari ke arah belakang kungsi.

Nor muncul. Berkemban. "Zi..standby IC. Ada inspection!"

6 comments:

sinaganaga said...

Ha ha.

kunci hilang said...

Nor mengingatkan saya kepada seorang pelakon sewaktu zaman tadika dulu. Aznah namanya.

Anonymous said...

zizie ali best! zizie ali best! habis dah entry anda saya khatam.. kenapalah tak beritahu saya dulu yang anda ini best?

Petiais said...

saya dah baca saje nak letak jejak tapak kaki kat sini..boleh?..hehe

zizie ali said...

naga:
ha ha

kunci hilang:
aznah hamid. sezaman asmahani husein.

gitarkaran:
yang best hanyalah george best.

petiais:
letak tapak kaki boleh. tapak kasut pun boleh. tima kasih.

Anonymous said...

aku:
orang indonesia di malaysia. bukan orang indonesia di indonesia.

adaptasi, asimilasi dan transformasi???