Monday, February 07, 2011

BUDAK PANDAI

Azmi, Penulis, Alias

Alias, Ali Mohamad, Penulis, Mastura, Rashidah

Dulu. Spm zaman kami. Budak sains tidak dibenarkan ambil subjek Sejarah. Sebab mereka budak pandai. Budak pandai tak perlu belajar sejarah.
Walau bagaimanapun, kami mula diajar subjek Sejarah bermula Darjah 3. Dan diuji dalam Ujian Penilaian Darjah Lima (sekarang UPSR). Ketika Darjah 5, kami sudah mengenali Hamurabi, Julius Caesar, Shih Huang Ti, Asoka, Ferdinand Magellan, Joan of Arc, Napoleon Bonaparte, Sultan Alaudin Riayat Syah, Francis Light, Musataffa Kamal Attarturk, Alfonso d'Arbuquerque, Francis Light, Stamford Raffles, Munshi Abdullah, J.W.W Birch, Hugh Low, Frank Swettenham, Sultan Abu Bakar, Tunku Abdul Rahman...
Masa Darjah Enam, aku mewakili sekolah dalam pertandingan Kuiz Sejarah. Di peringkat separuh akhir kami berentap dengan Sekolah Kebangsaan Jerong. Ketua pasukan SK Jerong bernama Alias Ibrahim. Kami menang setelah aku berjaya menjawab soalan tambahan sesudah kedua-dua pasukan terikat seri. Aku berjaya menjawab soalan :" Landasan keretapi pertama di Tanah Melayu dibina pada tahun 1885. Dari mana ke manakah landasan kereta api tersebut? Aku jawab dengan konfiden: "Dari Taiping ke Port Weld?". Soalan untuk Alias ialah: "Siapakah Residen British yang bertanggungjawab membina landasan kereta api tersebut? "
"Hak Low"
"Salah"
"Huk Low"
"Salah.. cuba lagi. Masih ada masa.."
"Uk Low"
"Salah.."
Tingg...
"Masa sudah tamat. Kosong markah untuk SK Jerong. Jawapannya ialah Hugh Low..."
Aku dan Alias akhirnya menjadi sahabat karib bila kami sama-sama dipilih ke sekolah budak-budak pandai. Di sekolah budak-budak pandai, Alias lebih dikenali dengan gelaran Wak Malaya. Mengambil sempena nama lagenda penjual ubat terkenal.
Budak pandai tidak semestinya masuk universiti.  Sesudah tamat SPM, Alias mengikuti satu kursus elektronik di sebuah pusat latihan.  Sesudah menamatkan latihan, Alias khabarnya membuat kerja berkaitan elektronik.  Namun ada juga kenalan memberitahu bahawa dia pernah melihat Alias menjual ubat di kaki lima di bandar Kuantan. Kini Alias tinggal di Johor dan bertugas di sebuah syarikat yang agak besar.  Aku tidak pasti apa jawatannya, tetapi tugasnya memerlukan dia sekali sekala ke luar negeri terutama di Timur Tengah.

15 comments:

Pegawai Khalwat said...

Aku kenal seorang lelaki bernama Alias Ibrahim yang mengajar di USM. Apakah mungkin orang yang sama?

zizie ali said...

khal: bukan. alias aka wak malaya tak pernah jadi pensyarah USM.

CikguMaya said...

Sekarang wajib belajar untuk semua. Makna macm jadi bodoh?

zizie ali said...

maya: ya, 'macam' jadi bodoh. 'macam' shj. bukan betul-betul bodoh. heh heh

Pa'chik said...

sk jerong kaloh kih dok blajar sejarah dalam bahase inggeris nih..

zizie ali said...

chik:
ho ho ho (gelak dlm bahase inggeris)

Naim said...

tuan pula, wak malaya panggil sebagai apa? he3... saja nak tahu.

zizie ali said...

naim:
pok ngoh (pak ngah. nanti ada entri ttg ini.

Nur Aleef said...

masih ingat zizie ali pada nur aleef?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zizie ali said...

nur aleef:
sama-sama bercanda dlm e-group sastera malaysia. bersama rar, fudhail, beb, ediramle,...
kata orang, sekarang zaman fesbuk, e-group dah tak hip...

Anonymous said...

Ya. Tak hip mungkin, tp nur jd hilang sasteranya di fesbuk. Sudah punya sepsg cahayamata,brsama cinta hatinya. Pulang ke tanahair sekejap,sblm kembali ke bumi afrika. Merantau negara org. Bagaimana ayah Ramli? Beriring dewasa,Nur hilang tanpa berita

Nur Aleef said...

Tiba2 jd rindu menulis, nur cari zizie. Yg dulu amat ku kagum bahasanya yg brsahaja,pedas dan nakal kdgkala :-) Oh ya,cintahati nur rakan sekolah, satu batch hj mohnas, namun sampai kini, hj mohnas tidak tahu nur nikah dgn kawannya. Dunia ini kecil kan?

zizie ali said...

nur aleef:
jauhnya kembaramu. syukurlah kerana diberiNya kesempatan melihat bumiNya.
Pak ramli khabarnya aktif dlm bidang motivasi sesudah pencen. saya ingat-ingat lupa akan hj mohnas. bukankah hj mohnas dan nazmi yaakub tu org yg sama?

Nur Aleef said...

Ya, orang yg sama :-)