.
Menyusun peristiwa-peristiwa dalam plot sebuah cereka tidak semudah yang dijangka. Dalam mematuhi hukum sebab dan akibat, kita sebenarnya memiliki banyak pilihan dalam mencipta peristiwa. Contohnya, peristiwa Wan Azizah diberkas polis bertopeng. Kita mungkin lebih cenderung untuk mengajak pembaca membuat andaian bahawa peristiwa tersebut adalah rentetan dari akuan bersumpah watak sampingan si Linggam. Dalam akuan bersumpahnya, Linggam mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Wan Azizah terlibat dalam meletup wanita asing itu. Dan sang polisi cepat-cepat bertindak terhadap Wan Azizah kerana pihak berkuasa memang telah lama bengang. Inilah masa terbaik untuk mempastikan watak protagonis itu dijatuhi hukuman mati mandatori. Atau merengkok dalam penjara sepanjang hayat. Jadi, peristiwa bersegeranya pihak berkuasa mengambil tindakan dapat diterima oleh pembaca sebagai sangat logik. Namun sayugia diingatkan bahawa unsur logik sebenarnya tidaklah terlalu penting dalam cereka moden. Kadang-kadang pembaca lebih gembira dengan unsur kejutan (surprise).
.
5 comments:
dan unsur kejutan itu berada di luar garisan logik. hehe.
Hayakallah,
Dan cerita demikian rupa itu, bayarannya dosa dan kepanasan bobohiman.
Bisa nich, diatur demkian rupa dan sadis.
so cerita ni science fiction lah ni? hehehe
cam citer hollywood pun ade. sungguh ketara sekali lakonan tersebut.
corleone:
masing-msing punya garis logik tersendiri.
duke:
ada yang menikmati kesadisan.
buta:
fantasi.
penyu:
holly ada, bolly ada. dgn acuan tempatan.
Post a Comment