Pagi datang lagi. Dan dia bertelanjang lagi. Cermin dua kali lima kaki itu dihadap lagi. Macam pagi kelmarin. Macam pagi kelmarin dulu.
Akukah itu? Ya, nampak macam aku.
Lalu ditampar-tampar pipinya. Dijegil-jegil matanya.
Ya, memang nampak macam aku.
Ditepuk-tepuk pula perut gendutnya. Dijegil lagi matanya.
Ya, ya..memang nampak macam aku. Nampak macam aku.
Dilurut-lurut pula anunya. Diredupkan matanya. Dia senyum. Anunya nampak baik. Melentok dan tidak membahayakan sesiapa.
Ya, ya, ya itu muka aku. Itu perut aku. Itu...itu (berfikir mencari istilah yang sopan) burung aku. Memang nampak macam aku. Nampak macam akuuuuuuuuuuuu.
Dia semakin yakin. Imej itu memang dirinya. Dan dia tidak mabuk.
Kau yang mabuk. Bukan akuuuuuuuuuuu.
9 comments:
Jadi hanya tiga tanda yang menandakan bahawa itu dirinya. Sekiranya matanya kelabu agak dia tak wujud lagi kerana susah mengenali dirinya.
zie, hok telanjang tu ngaku... hok dok telanjang tu dok brape nok ngaku... ekekeke...
Er... tgk cermin diri! Oit, mabuk susu ker?
haaiiiii... jadi blogger pon susah (macam mana nak jawab komen ni ye..??)
Teringat kisah Lelaki A bertanya kepada seorang lelaki separuh abad
"Aya kerja sana estate sebagai manager ka?"
"Tadak, tadak.. sikit bawah.."
"Kuli..??"
"Tadak, tadak... sikit atas.."
"Mandur..??"
"Haaa... saya la"
Bang Zizie, sapa yang mabuk tu?
kak Lily rase kak kak Lily tau sapa yang masbuk ni...:D
oop..sowi..salah eja..tak mabuk pun boleh salah eja..inikan pula yang mabuk jan..kan..kan.
ps: Iupa lak . salam kenal.
Piiiiiiiirah mabuk!
Hehehe!
keng:
3 dalil mungkin belum mencukupi buat dirinya. :)
pa'chik:
mana ada org tak telanjang? haha
nur@:
tengok cermin. jgn tak tengok.
indera:
haha. nasib baik dia tak jawab lagi:"sikiiit atas lagi"
"ketua mandur?"
"tada. lama punya mandur..."
hakim:
mungkin kita. mungkin mereka. haha
kak lily:
correct!
bp:
hehehe
Post a Comment