Wednesday, January 02, 2008
ayer manchur
Masa muda Rahim agak handsome juga. Ada iras-iras Rajesh Khana. Tapi Rahim tidak begitu gembira bila dibandingkan dengan aktor Bollywood itu. Kerana Rahim hanya meminati Charles Bronson dan Clint Eastwood.
Sementara menunggu bas balik ke asrama masa outing aku selalu lepak di kedai Rahim. Bukan untuk membeli jamu atau pelbagai ubat tradisional yang dijual di situ tetapi membelek buku-buku agama. Di samping ubat, kedai Rahim juga ada menjual buku-buku agama termasuklah kitab kuning. Antara buku yang aku beli di kedai Rahim ialah AlUbudiyah karya Ibn Taimiyah. Buku itu masih ada dalam koleksiku hingga hari ini.
Peniagaan Rahim bertambah maju. Jika ketika aku masih di alam persekolahan premis perniagaan Rahim hanya merupakan sebuah gerai yang amat sederhana, tika aku sudah mula bekerja Rahim sudah memiliki kedai yang agak besar di bandar itu. Sebut apa sahaja jenis ubat tradisional Melayu, pasti ada di kedai Rahim. Termasuk yang diimport dari negara jiran.
Nasib Rahim agak malang bila Chua Soi Lek menjadi Menteri Kesihatan. Dalam satu pemeriksaan oleh penguatkuasa, ubatan yang nilainya tidak kurang RM100 ribu dirampas dari kedai Rahim. Kerana kononnya ubat-ubat tersebut tidak mendapat kelulusan kkm.
Sejak kejadian itu, Rahim tidak lagi ghairah berniaga. Walaupun kedainya masih wujud, tapi tidaklah semeriah dahulu. Kata Rahim, yang menjadi mangsa adalah peniaga sepertinya. Sedangkan kedai-kedai singseh yang menjual cicak kering, biawak kering dan entah apa-apa jenis ubat tidakpun diambil peduli oleh pihak penguatkuasa.
Akhirnya perniagaan ubat tradisional Rahim gulung tikar. Untuk menampung hidup, Rahim dan isteri cuba menceburi bidang katering. Namun bukanlah mudah untuk beliau survive dalam bidang yang baru itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
rahim tak try jual dvd ker...?
os:
hahaha
dulu depan mata aku, pegawai dari kpdn dan kkm kena maki ngan tukang jual obat tepi jalan... pasalnya, deme tak pulak gi tangkap cina tempat tukang jual ubat tu beli obat-obat yang dia jual...
err... kalau rahim ada jual dibidi tu.. aku nak satu zie... ekekek...
Saya juga tumpang bersimpati ngan nasib Pakcik itu.
pa'chik:
dibidi tu kau takyah tengok. nanti muntah.
hakim:
ya. tapi tentu ada hikmahnya.
Akhirnya siapa jadi mangsa? Ahaks!
sure ada minyak lintah tapa
haha
bp:
kadang kita mangsa. kadang kita pemangsa.
dugong:
hampir semua yg ada kaitan dgn 'kebatinan' ada. segala jenis tongkat. segala jenis kacip.
haha
Kedai tu ada jual Majun Pak Tani tak? Ha ha.
naga:
majun pak tani khabarnya dpt kelulusan kkm. kemudian diharamkan krn mengandungi steroid. kalau dakwaan itu benar, ternyata org melayu dah guna steroid beratus-ratus tahun sebelum ben johnson. krn formula majun ni kononnya dipusakai turun menurun.
Kedai singseh takde jual Tongkat Ali..
indera:
tak ada. yg ada cicak kering, biawak kering, zakar rimau, serbuk sumbu badak, dan banyak lagi yg kebanyakannya dimport dari benua china.
Saya yakin bukan Rahim yang memasang CCTV di bilik yang berkenaan.
HaHa .. Rahim patut merasa aura kemenangan kerna CSL musti ada gak pakai ubat2 yg dirampas dr kedainya itu hari. Er..er.. ;)
keng:
ya, rahim bukanlah spt watak 'revenge' yg selalu dimainkan oleh charles bronson atau clint eastwood.
nur@:
haha. macam penguatkuasa rampas vcd blue. separuh bakar. separuh unt koleksi pribadi penguatkuasa.
Post a Comment