Ada cadangan supaya nama 'Batu Buruk' ditukar. Alasannya nama tu 'buruk' benar bunyinya. Betul ke tu...
Dalam konteks Terengganu asli, 'buruk' tidak membawa konotasi 'tidak cantik' atau 'tidak baik' atau 'jahat'. Pengertiannya hanya satu iaitu 'tua dan rosak'. Barang yang 'buruk' adalah barang yang tidak lagi kelihatan seperti asalnya. Ia juga tidak lagi dapat berfungsi sebagaimana ketika ia 'baru'.
Namun kita harus berhati-hati dengan 'batu'. Kerana batu bukan sahaja dimengerikan sebagai 'sejenis galian bukan logam yang berat (tidak boleh ditempa dan tidak larut dalam air)' tetapi ia membawa pengertian yang pelbagai bergantung kepada konteks penggunaannya. Antaranya:
1. permata (untuk mata cincin dan lain-lain)
2. penjodoh bilangan bagi gigi
3. ukuran jarak
4. keras
5. testis
Oleh yang demikian, 'batu buruk' bolehlah didefinisikan sebagai 'batu yang telah tua dan rosak'. Batu apa yang tua dan batu apa yang rosak itu terserahlah kepada definisi nombor berapa yang kita ambil. Namun seminar tanpa permit yang di adakan di sebuah wakaf baru-baru ini hampir mencapai satu resolusi bagi nama yang lebih sesuai untuk Batu Buruk. Daripada banyak-banyak nama yang dicadangkan, nama 'Teruna Merana' agak menarik perhatian ramai perwakilan. Nama itu sedap disebut dan kedengaran agak puitis.
11 comments:
apa kaitan teruna merana dengan pantai ek...
hik hikhik.. teruna merana... macam tempat untuk bunuh diri jah... ekekekek...
kemat:
mungkin kerana batu teruna tu buruk...maka dia pun merana.
pa'chik:
tragedi yg mungkin akan dikenang sepanjang zaman.
Tapi mungkin masih sesuai. Batu Api.
Apalah ada pada nama...
Kalau macam itu kuih 'batang buruk' pun patut ditukar. Di Selangor ada nama 'Batang Berjuntai', pun patut kena tukar kot....
Teruna Merana ... sikit punya jiwang, hehehe.
'batu' penjodoh bilangan bagi gigi? bukan 'batang'?
Salam.
salam...
selamat berpuasa... batu buruk elok ditukar kpd batu perhiasa.. kan lagi elok...
salam. kenapa teruna merana?
keng:
atau topi keledar berapi.
bp:
kuih tahi itik?
rampai:
penggunaannya jarang-jarang. macam juga 'sekaki' untuk payung.
farid:
asal ada batu.
wani_agk:
menurut yang mencadangkan nama tersebut, 'batu buruk' sama dengan 'teruna merana'. iaitu kununnya pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang dikenali dengan gelaran 'batu buruk' kerana dia mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan testis (batu)nya 'memburuk'. kununnya lagi, di pantai itulah dia selalu duduk. mengenangkan nasib malangnya.
kata orang yang mencadangkan nama 'teruna merana': "gelaran yang diberi oleh masyarakat terhadap lelaki itu amat kejam. jadi eloklah kita yang hidup di zaman yang penuh budi bahasa ini menukar gelaran kpda lelaki itu dengan gelaran 'teruna merana'. Gelar menggelar dengan nama yg tak elok bukan budaya kita. malah memakai topi keledar lalu bakar bendera juga bukan budaya kita, menuduh pihak tertentu bakar bendera tanpa bukti yang jelas juga bukan budaya kita, bla..bla..bla.."
Kalau sebut dalam bahasa Inggeris - macam ok je: Bad Stone Beach.
Post a Comment