Pekan Dungun bukanlah asing bagiku. Ayahku pernah bertugas di sini dengan syarikat EMMCO yang mengusahakan bijih besi di Bukit Besi. Ketika umurku 6 tahun, kami menyewa rumah di kawasan setinggan Kampung Bijangga. Kemudian berpindah di Nibong Stesen, tidak jauh dari 'Bukit Tebuk'. Untuk ke pekan Dungun, kami akan naik kereta api kargo yang membawa bijih besi dari Bukit Besi ke jeti Sura. Tidak banyak yang aku ingat mengenai kehidupan di Dungun kerana kami balik kampung sebaik aku memasuki alam persekolahan. Tetapi ayah tetap tinggal di Dungun sehinggalah lombong bijih besi Bukit besi berhenti beroperasi pada tahun 1970.
Esoknya, awal-awal lagi kami mendapat maklumat bahawa penceramah utama tidak dibenarkan masuk ke kampus ITM atas arahan pihak atasan. Pihak penganjur akhirnya berjaya mendapatkan alternatif - sebuah bilik darjah di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail.
Imam Masjid telah bermurah hati menaja sarapan pagi kami. Beehon goreng dan teh 0. Sesudah bersarapan, kami bertolak ke Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail. Tiba di destinasi, hadirin belum ramai yang tiba tetapi 3 orang penceramah telah berada di atas pentas yang dibina menggunakan meja murid. Jadi rombongan kami memenuhkan ruang hadapan. Sebuah bilik darjah yang hanya mampu menampung muatan lebih kurang 60 orang.
Aku duduk betul-betul di hadapan rostrum. Bersebelahan Mohd Apni Hassan yang merupakan juara talentime sekolah kami tiga tahun berturut-turut dan Che Razali Senik yang merupakan juara larian jarak jauh sekolah kami.
Majlis dimulakan sesudah orang ramai bersesak-sesak. Yang lewat terpaksa pasang telinga di luar kelas. Kedua-dua pintu sudah tersumbat dengan manusia. Pengerusi majlis, seorang pemimpin pelajar agak sedikit emosional. Beliau sungguh kesal dengan tindakan pihak tententu yang cuba menghalang majlis yang cuba mereka anjurkan. Menurutnya, pihak berkuasa kampus yang menjadi 'barua' pemerintah adalah dalangnya.
Penceramah pertama sungguh segak. Berbaju melayu,berseluar dan bersongkok hitam. Walaupun agak serius, beliau kelihatan sungguh tenang dan olahan bahasa yang beliau gunakan amat memikat. Penceramah kedua agak menghiburkan. Analogi yang dibawa meskipun kadang-kadang melucukan tetapi amat sinis. Beliau kadang-kadang lantang dan bersemangat. Penceramah terakhirlah yang kami tunggu-tunggu. Memang beliau sungguh berkarisma. Sebagai mukaddimah, beliau menegur sikap pengerusi majlis yang nampaknya agak emosional: "Jangan kita marah-marah. Musuh akan guna kemarahan itu untuk menewaskan kita.." Kemudian beliau berbicara tentang penjajahan pemikiran dan era kebangunan Islam. Menyeru kepada Islam yang syumul. Antara ungkapannya yang masih aku ingat ialah: "Barisan pemimpin negara kita adalah hulubalang-hulubalang penjajah…"
Di dalam bas, sepanjang perjalanan pulang ke asrama, kami dengar berulang kali ucapan yang telah dirakam. Penceramah pertama dikenali sebagai Ustaz Abdul Hadi bin Awang (Pengerusi ABIM Terengganu), penceramah kedua Ustaz Fadhil Mohd. Noor(Timbalan Yang diPertua ABIM Pusat) dan penceramah terakhir ialah Saudara Anwar Ibrahim (Yang di Pertua ABIM Pusat) yang baru di bebaskan dari Penjara Taiping kerana terlibat dengan demontrasi membela petani-petani di Baling.
18 comments:
Akhir 70an. Aku masih 'hingusan'
Masih meneka-neka dalam kesamaran siapa penceramah terakhir itu. Rasa-rasanya macam tau...emmmm...
Suka dengar ceramah Ustaz Aqil Hayy..
Terutama diungkapan
TAKBIRRR!!
Lohh.. Bisa terperanjat guwe..
salam...
tak kira la siapa pon penceramhnya... asalkan dakwahnya tu leh memberi kesan pada pendengarnya....
Apa nak diherankan, ketika itu memang begitu. Waktu telah menenggelamkan kita begitu dalam hingga lemas. Baru ku sedari, berceramah saja tidak mencukupi.
apa pulak nak teka purp... itu pemimpin pelajar yang dalam gambar atas trak pulis kat baling tuh.. masa tu dia berambut agak panjang...
sekarang ustaz nasruddin hassan at tantawi nampak ada macam gaya tg hj hadi masa muda... kalau tak tengok tuan.. memang orang kata tg hj hadi lah...
Semuanya dalam kenangan. Yang pertama; kenangan sebagai MB, yang kedua kepada perjuangannya dan kewibawaannya yang belum dapat ditandingi, dan ketiga kenangan bersama Maha.
Ya, jiwa kita sering diusik kenangan.
Ada kalanya kita perlu mencipta kenangan, terutama kenangan bersamaNya.
Salam.
bp:
ini bukan teka-tekilah. ha ha
indera:
juga suka tengok rambutnya yg mengurai...
faridmw:
betoi.
mc anne:
ya berceramah saja tak mencukupi. biar seakali seka kena sembur fru, sekali sekala kena masuk lokap.
dan itulah nantinya akan jadi kenangan. unt diceritakan kpd anak cucu.
pa'chik:
yg muda akan tua. yg tua akn semakin tua. yg muda sedang kumpul kenangan. yg tua, makin berlambaklah kenangannya. adan kita pun belajar dari sejarah.
keng:
kenangan sebagai MB terlalu pahit unt dikenang.
moga banyk iktibar darinya.
pernah uruskan pameran bergambar ABIM di kompleks pertama - ada gambar anuar selendangkan ustaz fadhil... :)
Saya tak pernah p dengar mana-mana ceramah (secara live). Ceramah, konsert, forum dan yang sewaktu dengan nya. Teruk betul.
salam....
selamat menyambut bulan ramadhan... penuhilah bulan ini dgn penuh kebaikkan....
Pak Zizie, selamat berpuasa.
Salam Ramadhan Bro, selamat berpuasa :)
Salam Ramadhan.
selamat berpuasa
=)
naga:
dlm pameran bergambar al-argam suatu ketika dulu, ada gambar anwar makan setalam dengan ashaari.
ahni:
kau memang terukkk. haha
farid:
makasih. sama-samalah kita.
nbb:
salam ramadhan.
rampai:
selamat berpuasa.:)
ah kim:
salam ramadhan. :)
byl:
selamat berpuasa. :)
ABIM berpecah apabila Anwar Masuk UMNO. Sebahagian drp yang disebut menyertai perjuangan Islam...
Ada ABIM Perlis..
Sekarang ABIM tak lagi macam dulu.
Post a Comment