Friday, July 10, 2015

MASTERPIECE

Sesudah menghasilkan masterpiece, pengkarya biasanya jarang mampu menghasilkan yang lebih baik. Contohnya, Shahnon Ahmad dengan 'Ranjau Sepanjang Jalan' dan A.Samad Said dengan 'Salina'. Karya-karya terkemudian mereka mungkin masih belum boleh ditandingi oleh pengkarya lain kerana mereka sudah pun berada dalam kelas tersendiri namun untuk menanti hasil yang lebih baik berbanding masterpiece mereka, mungkin tidak akan kesampaian.

Begitu juga dengan P.Ramlee. Malah, karya-karya terkemudian beliau dikatakan agak mengecewakan.

Bagi pengkagum M.Nasir pula, usahlah mengharapkan karya yang lebih memikat daripada 'Mustika' dan 'Tanya Sama itu Hud Hud'.

No comments: