Saturday, June 27, 2015

HUDUD DAN PERLEMBAGAAN

Alkisah, sudahlah ditetapkan dalam perlembagaan negara Batu Besar bahawa setiap orang mesti makan nasi lauk ikan singgang. Sebagai salah sebuah negeri dalam negara Batu Besar, negeri Batu Lanjut juga perlu mematuhinya. Sehinggalah pada satu ketika negeri Batu Lanjut diperintah oleh suku kaum Batak Bodo. Didorong oleh kejahilannya dalam hal ehwal perlembagaan negara Batu Besar, ketua suku kaum Batak Bodo cuba menjadi hero dengan mendesak Maharaja Batu Besar supaya membenarkan anak buahnya di negeri Batu Lanjut makan nasi berlaukkan ayam percik. Akibat tindakan tersebut, berlaku kacau bilau yang amat dahsyat yang telah menyebabkan banyak nyawa melayang. Akhirnya ketua suku kaum Batak Bodo sedar bahawa hasratnya itu mustahil dapat dicapai selagi perlembagaan negara Batu Besar tidak diubah. Dan dengan kacau bilau yang berlaku baru-baru ini, kedudukan Maharaja Batu Besar makin kukuh. Menyedari hal ini, ketua suku Batak Bodo merasa kemaluannya amat besar. Untuk menutup kemaluan tersebut, dia segera menyatakan bahawa dia tidak bermaksud menukar ikan singgang dengan ayam percik tetapi sekadar ingin memohon supaya upgrade package ikan singgang dengan menambah budu dan ulam.

No comments: