Saturday, June 27, 2015

HUDUD DAN MODAL POLITIK

Hukum hudud tidak harus dijadikan modal untuk mengkafir dan memunafikkan sesiapa. Hukum hudud tidak harus dijadikan hujah untuk mengharuskan kita memutuskan ukhuwwah dan silaturrahim. Hukum hudud bukan diperjuangkan dengan cara memberi kata dua, kata tiga, kata empat kepada sesiapa.

Hukum hudud tidak harus dijadikan alasan untuk tidak membela pihak yang dizalimi. Semata-mata kerana pihak yang dizalimi itu tidak sependapat dengan kita dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

No comments: