Saturday, June 27, 2015

CIKGU PA VS ZUHDI

Jangan korang sewenang-wenang memperlekeh Cikgu Pa. Beliau orang lama yang telah melalui pelbagai pahit maung perjuangan. Beliau antara profesional paling awal yang telah mewakafkan diri untuk hidup mati bersama jemaah. Walaupun sekali-sekala tergelincir tetapi tidak sukar untuk kembali ke landasan bila diperingatkan.

Isu klip video "I You" membuktikan bahawa beliau masih digeruni oleh pihak musuh. Musuh menganggap beliau merupakan salah satu sendi yang perlu dilumpuhkan jika ingin melumpuhkan jemaah.

Terkini, korang kena follow polemik beliau dengan Zuhdi. Seorang kaduk yang dah semakin naik junjung. Merasa diri berhak menentukan siapa yang patut disingkirkan dan siapa yang patut dikekalkan. Dia inilah sebenarnya yang menjadi pencetus huru-hara dalam jemaah. Menjaja sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Sehingga mereka yang mendakwa pewaris nabi pun menjadi gelabah dan panik.

Setakat ini Cikgu Pa berada dalam posisi yang betul berdepan dengan Zuhdi. Kita mengharapkan Cikgu Pa akan beraksi seperti Undertaker yang akan menggunakan 'ballistic punching combination' atau 'chokehold' untuk membuatkan Zuhdi terlentang kaku di tengah gelanggang.

No comments: